www.malaycricket.org.my

Tentera terlepas kejuaraan kepada UKM

Sunday, 11 March 2012 20:35

BARISAN Universiti Kebangsaan Malaysia meraikan kecemerlangan menjuarai semula saingan Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Mac 2012KUALA LUMPUR - Tentera masih belum berupaya mempertahankan kejuaraan Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja walaupun memastikan Universiti Kebangsaan Malaysia mencapai angka rendah dalam saingan yang diselangi dua gangguan akibat hujan di Bayuemas Oval, Klang pada 11 Mac 2012.
 
Dengan hanya mengehadkan UKM memukul setakat 133 larian, Tentera yang yakin untuk mengulangi pencapaian baik tahun lalu  gagal memanfaatkan keadaan apabila tewas dengan 19 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis yang meletakkan sasaran 125 untuk menang selepas gangguan sesi kedua.

Baca Lagi..

 

Tentera, UKM bertemu lagi dalam babak akhir

Friday, 09 March 2012 19:06

KUALA LUMPUR - Seperti dijangka dua finalis tahun lalu akan bertemu lagi dalam babak akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval dekat sini 11 Mac ini.
 
Dalam separuh akhir semalam, Tentera terlalu mudah menyingkirkan Kedah dengan 10 wiket manakala Universiti Kebangsaan Malaysia mengatasi Negeri Sembilan dengan enam wiket.

Baca lagi..

 

Kedah bernasib baik ke separuh akhir

Thursday, 08 March 2012 20:58

PEMUKUL perkasa Kelantan, Mahadi Muda menghayun pukulan dalam pertemuan dengan Tentera di STC Oval pada 8 Mac 2012.. Penjaga wiket sambilan Tentera, Ariffin Ramly bersedia di belakang kayu pancang.  KUALA LUMPUR - Kedah mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja tanpa turun beraksi menentang Universiti Kebangsaan Malaysia di UKM Oval pada 8 Mac 2012 disebabkan padang becak tetapi perlu berterima kasih kepada Perak-TLDM yang menumbangkan pasukan pilihan, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur yang diramalkan dapat menumbangkan Perak-TLDM tersungkur dengan lima larian di Bayuemas Oval semalam. Berikutan kejutan itu, Kedah mengulangi aksi ke separuh akhir dan akan bertemu Tentera di gelanggang sama pada 9 Mac 2012.

Baca lagi..

   

Juara bertahan teruskan kemaraan

Wednesday, 07 March 2012 19:55

PEMUKUL Tentera, Razman Zabri menghayun pukulan sisi sambil penjaga wiket Negeri Sembilan, Ibrahim Khalil Zakaria bersedia untuk bertindak di belakang kayu pancang dalam pertemuan di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012. KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Tentera meneruskan rentak kecemerlangan apabila memenangi perlawanan kedua dalam saingan kriket Perisai Raja-Raja di Oval SMK Tinggi Kajang pada 7 Mac 2012.

Turut mencabar kemaraan Tentera ialah finalis tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengukir kegaranan dua hari berturut-turut. Semalam, skuad pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu, membaham Kuala Lumpur dengan 189 larian setelah melakukan 319-7 sewaktu memadang.

Baca Lagi..

 

Kedah, Kelantan diperangkap awal

Tuesday, 06 March 2012 19:49

KUALA LUMPUR - Pasukan separuh akhir tahun lepas, Kedah dan Kelantan terperangkap awal dalam Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja apabila tumpas dalam pembukaan saingan pada 6 Mac 2012.
 
Kedah tertiarap kepada Kuala Lumpur dengan 69 larian di Oval SMK Tinggi Kajang manakala Kelantan terpaksa akur dengan Negeri Sembilan apabila kecundang dengan 47 larian di Bayuemas Oval, Klang.

Baca Lagi..

   

Page 95 of 131