www.malaycricket.org.my

Parit Jawa mara, Bayuemas terlalu garang

Thursday, 31 May 2012 21:35

KUALA LUMPUR - Bayuemas dari Selangor mengungguli saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan mudah lapan wiket ke atas Pekan dalam pertemuan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 31 Mei 2012.
 
Selalu finalis tahun lepas, skuad ini akan bertemu juara bertahan, Bukit Petaling dalam misi membalas dendam pada separuh akhir di gelanggang sama, 1 Jun 2012.

Baca lagi...

 

Parit Jawa capai kemenangan pertama atasi Pekan

Wednesday, 30 May 2012 20:26

KUALA LUMPUR - Parit Jawa dari Johor meneruskan peluang untuk mara dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menumbangkan Pekan dengan 44 larian dalam pertemuan di UKM Oval, Bangi pada 30 Mei 2012.

Apa pun, dua perlawanan awal yang membabitkan Kota Bharu (Kelantan) dan Bayuemas dari Selangor dan Westlands (Pulau Pinang) dan Bukit Petaling (Kuala Lumpur) berkesudahan tanpa keputusan kerana gangguan hujan pada sesi pagi.

Baca lagi...

 

Aksi tahap tinggi hari pertama saingan bawah 12

Tuesday, 29 May 2012 20:30

PEMBALING Kuala Langat, Hafiz Ramli (kiri) menyerbu pemukul Westlands dari Pulau Pinang dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di UKM Oval, Bangi pada 29 Mei 2012. KUALA LUMPUR - Aksi tahap tinggi mengiringi kecemerlangan hari pertama Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang dan UKM Oval di Bangi, 29 Mei 2012.

Perhitungan menarik babak sebelah pagi dalam saingan 25 over merebut Perisai Tun Ahmad Sarji di Bayuemas Oval yang menyaksikan lebih 300 larian dikumpulkan kedua-dua pasukan dengan finalis tahun lepas, Bayuemas dari Selangor mengalahkan Parit Jawa (Johor) dengan empat wiket.

Baca lagi...

   

Sri Lanka kekal juara tahun kelima

Saturday, 07 April 2012 18:32

BARISAN Sri Lanka merai kecemerlangan mempertahankan kejuaraan tahun kelima berturut-turut pada Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang, 7 April 2012. - Gambar IZHAM JAAFAR.KUALA LUMPUR -Tanpa diduga sama sekali, Sri Lanka yang seakan-akan bakal tumbang dalam babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa yang berakhir di Bayuemas Oval pada 7 April 2012 masih berkemampuan untuk mempertahankan kejuaraan bagi tahun kelima berturut-turut.
 
Setelah tertekan dengan kedudukan 72 untuk lima wiket dan seterusnya 125-7, Sri Lanka masih berkemampuan bergandingan dalam tiga wiket terakhir untuk melakukan 204 larian; angka yang sedikit meyakinkan.

Baca Lagi..

 

Melayu Malaysia pastikan Afrika Selatan tertiarap

Friday, 06 April 2012 18:00

KAPTEN Melayu Malaysia, Faiz Ahmad Nasir menghayun pukulan untuk mengumpulkan 86 larian dalam pertemuan dengan Afrika Selatan di Bayuemas Oval pada 6 April 2012.KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia melakarkan kejutan pada pertemuan akhir peringkat kumpulan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menumbangkan Afrika Selatan dengan enam larian di Bayuemas Oval, Klang pada 6 April 2012.
 
Dengan hanya melakukan 155 larian tetapi sumbangan tertinggi ketua pasukan, Faiz Ahmad Nasir dengan 86, Melayu Malaysia beraksi baik dalam sesi memadang selepas sajian tengah hari.

Baca lagi..

   

Page 93 of 131