www.malaycricket.org.my

Kelantan latih pasukan kriket di Selatan Thailand

Monday, 25 June 2012 20:11

ANTARA ahli Kriket Kelantan yang menyertai mesyuarat agung tahunan di Tanah Merah pada 23 Jun 2012. Turut sama ialah Pengelola Kriket Pattani, Thailand, Azmi Kadir (barisan depan, dua dari kanan).TANAH MERAH - Permainan kriket di wilayah Pattani di Thailand akan dikembangkan secara menyeluruh apabila Persatuan Kriket Kelantan membuat keputusan menghantar jurulatih bermula Oktober ini.
 
Ketetapan ini dibuat sewaktu mesyuarat agung tahunan Kriket Kelantan di sini pada 23 Jun 2012 yang dipengerusikan oleh presidennya, Datuk Azmi Mohd. Ali.
 
Pengelola Kriket Pattani, Azmi Kadir turut hadir pada mesyuarat berkenaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan telah memberikan penjelasan panjang lebar mengenai perkembangan sukan berkenaan wilayah itu.

Baca Lagi..

 

UKM benam Universiti Colombo untuk rangkul kejuaraan

Sunday, 10 June 2012 18:32

KLANG - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  menguasai Kejohanan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila membenam juara bertahan, Universiti Colombo dengan 83 larian dalam babak akhir menarik di Bayuemas Oval di sini pada 10 Jun 2012.
 
Setelah memenangi undian dan memilih untuk memukul pada sesi pagi, UKM diperangkap awal apabila kehilangan pembuka pukulan, Shafiq Sharif dan bekas kapten Malaysia, Suhan Kumar Alagaratnam sehingga berkedudukan cemas pada satu ketika.

Baca Lagi..

 

Universiti Liberal Arts tempat ketiga

Saturday, 09 June 2012 21:29

KLANG - Wakil Bangladesh, Universiti Liberal Arts mengatasi Universiti Christ dari India dengan 47 larian untuk menduduki tangga ketiga dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval di sini pada 9 Jun 2012.
 
Dengan hanya menghabiskan 38.1 over, Universiti Liberal Arts menokok 238 larian untuk berkedudukan selesa bagi lawan mengejar matlamat pada sesi petang.

Baca Lagi..

   

UKM, Universiti Colombo ke separuh akhir

Thursday, 07 June 2012 19:30

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengukir kemenangan besar, sembilan wiket ke atas Universiti Christ dari India untuk mara ke separuh akhir Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 7 Jun 2012.
 
Dengan kemenangan berkenaan, UKM selaku juara kumpulan B akan menentang Universiti Liberal Arts (Bangladesh) dalam penentuan ke final di Bayuemas Oval pada 8 Jun 2012 manakala juara A, Universiti Colombo (Sri Lanka) bertemu Universiti Christ di Kinrara Oval.

Baca Lagi..

 

UKM selesa atasi Universiti Siam

Wednesday, 06 June 2012 19:15

KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia meneruskan misi memuncakkan prestasi dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa apabila mengatasi Universiti Siam dari Thailand dengan 180 larian di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 Jun 2012.
 
Tanpa belas kasihan UKM mengumpulkan 283-9 untuk terus memberikan tekanan kepada lawan apabila menghitung pukulan pada tengah hari.
 
''Kami akan memastikan pertemuan ketiga dalam kumpulan B esok memberikan kemenangan ketiga kepada UKM bagi mengekal kegarangan dalam separuh akhir kelak,'' kata pengurus pasukan, Fairus Shafie.

Baca Lagi..

   

Page 91 of 131