www.malaycricket.org.my
Melayu Malaysia kongsi satu mata
Tuesday, 16 October 2012 20:00

Setelah tumpas perlawanan pertama, satu mata hasil tiada keputusan berikutan perlawanan terhenti akibat hujan, akan memastikan peluang masih terbuka kepada skuad tempatan untuk mencipta kemenangan.
FMC Sports atasi tuan rumah
Monday, 15 October 2012 21:45

Dengan hanya membenarkan lawan berada pada kedudukan 119-6 dalam 38 over, keadaan seakan-akan memberi peluang terbuka kepada tuan rumah berentap pada sesi petang tetapi keadaan sebaliknya diharungi Melayu Malaysia.
Chilaw Marians ratah wakil Bangladesh
Sunday, 14 October 2012 21:24

Perlawanan yang dikurangkan dua over kerana kelembapan lapangan tengah menyaksikan pemukul dari Sri Lanka itu terus melakukan pelbagai aksi pukulan yang melepasi sempadan untuk menghimpun 376-6.
Aksi kelas tinggi kriket di Bayuemas Oval
Friday, 12 October 2012 22:11
KUALA LUMPUR - Perhitungan kriket antara kelab ternama dengan dibintangi pemain-pemain antarabangsa berlangsung di Malaysia buat pertama kali secara tiga penjuru sebelum diperbesarkan lagi pada musim akan datang.
Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut piala Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid akan digerakkan di gelanggang berstatus One Day International atau ODI di Bayuemas Oval, akan berlangsung 14 hingga 21 Oktober dengan penampilan hos, Melayu Malaysia di samping Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC Sports dari Chittagong, Bangladesh.
Kejohanan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi merebut piala Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid akan digerakkan di gelanggang berstatus One Day International atau ODI di Bayuemas Oval, akan berlangsung 14 hingga 21 Oktober dengan penampilan hos, Melayu Malaysia di samping Chilaw Marians dari Sri Lanka dan FMC Sports dari Chittagong, Bangladesh.
Fikri Makram, Zubair Aysraf berlepas ke Perth
Sunday, 07 October 2012 23:45

Kedua-dua pemain yang berusia 19 tahun itu sudah beberapa kali mewakili pasukan utama nasional dan akan mewakili kelab masing-masing mulai 13 Oktober ini. Zubir Asyraf akan bermain untuk Bayswater Morley manakala Fikri Makram mewakili Mount Lawley. Mereka akan beraksi selama lima hingga enam bulan.
Zubair Asyraf kini berada di pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. Fikri Makram pula di pusat prestasi tinggi Kriket Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Fikri Makram berasal dari Kota Bharu, Kelantan manakala Zubir Asyraf dari Gemencheh, Negeri Sembilan.
Program ini merupakan sokongan Yayasan Sime Darby kepada Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang meluluskan komitmen tajaan pembangunan kriket nasional selama tiga tahun bermula 2011.
More Articles...
Page 89 of 131