www.malaycricket.org.my

UKM tertekan, tumbang kepada Sabah

Tuesday, 18 February 2014 18:24

KUALA LUMPUR - Sabah yang diletakkan sebagai pasukan tanpa sengat musim ini berjaya bangkit untuk menjerat juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila menang dengan tiga larian dalam Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di UKM Oval, Bangi pada 18 Februari 2014.

 

Sebagai pasukan pilihan, UKM membayangkan pertemuan mudah dalam aksi itu tetapi angka 141 yang dikumpul Sabah telah menyukarkan mereka selepas over ke-20. UKM yang berkedudukan 124-4 runtuh enam wiket sehingga 14 larian kemudian.

Baca lagi...

 

Permulaan baik bagi pasukan pilihan

Monday, 17 February 2014 17:29

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Universiti Kebangsaan Malaysia dan pemenang kedua tahun lepas, Tentera mengharungi pembukaan dengan cemerlang dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja pada 17 Februari 2014.

 

Tentera menang besar ke atas Perak-TLDM dengan sembilan wiket di Victoria Oval, Kuala Lumpur dan berjaya menamatkan perlawanan hanya dalam 8.4 over.

Baca lagi...

 

Sarawak sertai percaturan 2014

Thursday, 06 February 2014 13:01

JUARA 2013... Barisan UKM bermegah selaku juara Perisai Raja-Raja.SARAWAK menyertai pertandingan merebut Perisai Raja-Raja (17 hingga 22 Februari 2014) buat pertama kali atas undangan Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan saingan mereka benar-benar bakal menampakkan kecenderungan pasukan itu meletakkan harapan di bahu pemain muda.

Ini dibuktikan dengan senarai pemain ke pertarungan musim ini apabila dua pertiga pemain berusia bawah 20 tahun.

Baca Lagi..

   

Kriket Melayu jalin persefahaman di Narathiwat

Thursday, 06 February 2014 12:46

KUALA LUMPUR - Persefahaman tiga penjuru untuk membangunkan kriket di Selatan Thai dan mewujudkan pusat prestasi tinggi di sebuah institusi pengajian  tinggi di negara itu telah diwujudkan minggu lepas.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang melakukan pembangunan kriket khusus di wilayah Pattani sejak tahun 2012 telah mengadakan kesepakatan dengan Princess of Naradhiwas University (PNU) di Narathiwat dan Persatuan Kriket Thailand (CAT).

Baca Lagi..

 

UKM A atasi lawan dengan lapan wiket

Sunday, 26 January 2014 16:30

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan (UKM) A mudah menjinakkan UKM B dengan lapan wiket dalam saingan akhir Kriket Twenty20 UKM di Bayuemas Oval, Kampung Pendamar, Pelabuhan Klang pada 26 Januari 2014.

Ternyata skuad kedua UKM itu tidak dapat menandingi pasukan utamanya apabila angka 107 dapat dikejar hanya dalam 16.3 over. Pemukul awal, Faizal A. Hassan bertahan dengan 54 tanpa tewas dan pemain berasal dari Pasir Tumbuh, Kelantan, Fikri Makram Rosdi kekal 46 di lapangan tengah.

Baca Lagi...

   

Page 77 of 131