www.malaycricket.org.my

India kalah teruk kepada Sri Lanka

Wednesday, 02 April 2014 18:51

KUALA LUMPUR - India terpaksa akur dengan kehebatan juara bertahan, Sri Lanka apabila tumpas 99 larian dalam pertemuan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kinrara Oval pada 2 April 2014.

 

Tanpa disangka India yang mengejar sasaran Sri Lanka hanya berupaya mengumpulkan 56 larian dalam 32.3 over. Sri Lanka yang memukul terdahulu menghimpun 155-8.

Baca lagi...

 

Permulaan cemerlang bagi Sri Lanka

Tuesday, 01 April 2014 18:14

KUALA LUMPUR - Sri Lanka memulakan aksi cemerlang dengan kemenangan pertama pada pembukaan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menewaskan Melayu Malaysia dengan 153 larian dalam saingan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 1 April 2014.

Baca lagi...

 

UKM mudah atasi Tentera untuk kekal kejuaraan

Saturday, 22 February 2014 18:42

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kembali bertenaga untuk membaham Tentera dengan lapan wiket dalam babak akhir Kriket Antara Negeri sekali gus menyimpan lagi Perisai Raja-Raja dalam pertemuan berat sebelah di Bayuemas Oval dekat sini pada 22 Februari 2014.

 

Ternyata percaturan Tentera yang memenangi undian dan memilih untuk memukul membawa bencana apabila tersekat aksi setakat 72 larian sahaja.

Baca lagi...

   

UKM bertemu Tentera lagi dalam babak akhir

Thursday, 20 February 2014 20:08

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan bertemu Tentera lagi dalam babak akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja yang berlangsung di Bayuemas Oval, dekat sini pada 22 Februari 2014.

 

Apapun prestasi tidak menentu UKM dalam pertandingan tahun ini pasti mengganggu peluang untuk mempertahankan kejuaraan manakala Tentera yang tumpas tahun lepas dilihat memiliki peluang yang lebih baik.

Baca lagi...

 

Purata larian bersih penentu kemaraan Negeri Sembilan

Wednesday, 19 February 2014 18:47

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan bernasib baik untuk berentap dalam separuh akhir Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja apabila memperoleh kelebihan purata larian bersih mengatasi dua lagi pencabar bagi slot kedua kumpulan.

 

Walaupun tumbang 185 larian kepada Tentera di Kajang Oval pada 19 Februari 2014, purata larian bersih -0.791 dapat mengatasi Perak-TLDM (-1.252) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan -1.504. Tentera menduduki tangga teratas kumpulan B dengan sembilan mata. Negeri Sembilan, Perak-TLDM dan UiTM masing-masing memperoleh tiga mata.

Baca lagi...

   

Page 76 of 131