www.malaycricket.org.my
Kuala Lipis gegar Kuching
Monday, 02 June 2014 21:46

KUALA LUMPUR: Wakil Pahang, Kuala Lipis menghimpun angka tinggi untuk membenam Kuching dari Sarawak dengan 103 larian dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 Jun 2014.
Bayuemas tersungkur kepada pendatang baru
Sunday, 01 June 2014 19:05

KUALA LUMPUR - Juara dua tahun berturut-turut, Bayuemas dikejutkan pendatang baru, Kuching dari Sarawak dalam pembukaan Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 1 Jun 2014.
Bayuemas dari Klang, Selangor yang hanya melakukan 76-7 dalam peruntukan 25 over dipintas Kuching hanya dalam 13.2 over.
Naib johan tahun lalu, Ipoh pula tersungkur kepada Pekan dengan lima wiket dalam pertemuan di UKM Oval di Bangi.
''Ini baru permulaan dan kami akan melakukan banyak lagi kejutan,'' kata penyelaras Kuching, A. Rahman Ibrahim.
Sri Lanka terus kuasai kejohanan
Sunday, 06 April 2014 18:59
KUALA LUMPUR - Sri Lanka meneruskan penguasaan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menumbangkan Afrika Selatan dengan 21 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 April 2014.
Kecemerlangan berkenaan memastikan negara kuasa besar kriket itu memenangi Trofi Tuanku Ja'afar sebanyak lapan kali dalam pertandingan yang dimulakan sejak 2004.
Sri Lanka bertemu Afrika Selatan lagi dalam babak akhir
Saturday, 05 April 2014 18:37
KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka akan mengulangi pertemuan babak akhir menentang Afrika Selatan dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 April 2014.
Afrika Selatan tersungkur dengan tujuh wiket
Thursday, 03 April 2014 20:09

KUALA LUMPUR - Sri Lanka memenangi semua perlawanan pusingan awal untuk mara selesa ke pusingan kedua Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa.
Dalam pertemuan di Kinrara Oval pada 3 April 2014, Sri Lanka membaham Afrika Selatan dengan tujuh wiket bagi beraksi menentang Melayu Malaysia di Bayuemas Oval 5 April ini.
More Articles...
Page 75 of 131