www.malaycricket.org.my
Kuala Lipis juara baharu kriket elit
Saturday, 07 June 2014 19:34

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis menyempurnakan impian merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan enam larian ke atas wakil Johor, Parit Jawa dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 7 Jun 2014.
Wakil Pahang itu menjulang Perisai Tun Ahmad Sarji di samping turut memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan dan pemain terbaik babak akhir.
Kuala Lipis, Parit Jawa dalam babak akhir
Friday, 06 June 2014 19:52
KUALA LUMPUR - Kuala Lipis dan Parit Jawa menyerap buat pertama kali dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangaan apabila menang bergaya dalam separuh akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 Jun 2014.
Paling hebat, Parit Jawa dari Johor menumbangkan Machang (Kelantan) dengan 87 larian. Kuala Lipis pula membaham Pekan juga dari Pahang dengan 44 larian.
Dua wakil Pahang dalam separuh akhir
Thursday, 05 June 2014 18:03

KUALA LUMPUR - Kuala Lipis dan Pekan; kedua-dua dari Pahang melengkapkan dua lagi pasukan mara ke separuh akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung sekarang.
Di Bayuemas Oval dekat sini pada 5 Jun 2014, Kuala Lipis menumpaskan Parit Jawa dari Johor dengan enam larian.
Parit Jawa, Machang layak ke separuh akhir
Wednesday, 04 June 2014 18:05

KUALA LUMPUR - Parit Jawa menewaskan juara bertahan, Bayuemas dari Selangor dengan enam wiket di UKM Oval, Bangi pada 4 Jun 2014 untuk mengiringi Machang mara ke separuh akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.
Wakil Johor itu memenangi semua tiga perlawanan awal dan pertemuan terakhir dengan Kuala Lipis pada 5 Jun sebagai penentu juara kumpulan A. Machang dari Kelantan juga menang tiga perlawanan kumpulan B.
Machang teruskan kemaraan
Tuesday, 03 June 2014 19:19

KUALA LUMPUR - Machang meneruskan kemaraan dengan mencapai tiga kemenangan berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung sekarang.
Dalam pertemuan 3 Jun 2014 di Bayuemas Oval dekat sini , wakil Kelantan itu menang tipis tiga larian ke atas Ipoh walaupun memukul setakat 57.
More Articles...
Page 74 of 131