www.malaycricket.org.my

Clifford bergaya dengan kemenangan lagi

Wednesday, 13 August 2014 18:55

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang mencorakkan tiga kemenangan berturut-turut untuk menumpaskan Pattani dari Thailand dengan 29 larian di Bayuemas oval dekat sini semalam  (13 Ogos 2014) dan kini sudah mengesahkan tempat dalam babak akhir  Cabaran Kriket Perempuan Nasional Sabtu ini.

 

 Dalam perhitungan semalam, Clifford yang memukul terdahulu hanya mengumpulkan 98-9 tetapi Pattani cuma mengejar setakat 69 larian dalam 24.4 over.

Baca Lagi...

 

Kemenangan bersemangat bagi Pattani

Tuesday, 12 August 2014 16:14

KUALA LUMPUR - Pattani dari Thailand menghidupkan peluang untuk terus bersaing ke babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional apabila menang mudah; sepuluh wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, dekat sini pada 12 Ogos 2014.

 

Setelah dibenam 35 larian kepada SMK Clifford pada pembukaan Ahad lepas, skuad Selatan Thai yang juga di bawah pembangunan Persatuan Kriket Melayu Malaysia tenang untuk mengatasi Pudu hanya dalam 4.4 over. Pudu hanya melakukan 44-7 sewaktu memukul.

Baca Lagi...

 

Clifford mudah ketepikan Pudu

Monday, 11 August 2014 15:29

KUALA LUMPUR - Dua kemenangan berturut-turut memastikan Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis semakin hampir untuk bermain dalam babak akhir Cabaran Kriket Perempuan Nasional, Sabtu ini.

 

Dalam pertemuan di Bayuemas Oval, dekat sini pada 11 Ogos 2014, Clifford yang membaham Pattani, Thailand sehari sebelum itu, menang mudah, 10 wiket ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu, Kuala Lumpur.

Read more: Clifford mudah ketepikan Pudu

   

Clifford atasi Pattani dengan 35 larian

Sunday, 10 August 2014 19:05

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang memulakan aksi meyakinkan pada Cabaran Kriket Perempuan Nasional dengan kemenangan 35 larian ke atas Pattani dari Thailand di Bayuemas Oval, dekat sini pada 10 Ogos 2014.
 
Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia bagi merebut Perisai Tuanku Najihah itu menyaksikan Clifford dari Kuala Lipis mengumpulkan 110 dalam 21.1 over. Mahirah Izzati Ismail yang berasal dari Kuala Lumpur mengumpulkan 17 larian di samping rakan sepasukan dari Selangor, Ainna Hamizah Hashim mengetuk 17. Dua pemain Pattani dalam kumpulan pelatih skuad utama Thailand, Soraya Lateh dan Shagufta Arwae masing-masing meranapkan tiga dan dua wiket lawan. 

Baca lagi...

 

Sembilan pemain Kriket Melayu beraksi di luar negara

Wednesday, 06 August 2014 14:37

SEMBILAN pemain berpeluang beraksi dalam liga kriket luar negara apabila Persatuan Kriket Melayu Malaysia menerima sokongan tajaan daripada Yayasan Sime Darby.

Negara yang menjadi pilihan Kriket Melayu ialah Australia, Afrika Selatan, England dan Sri Lanka. Sesi pendedahan bermula Oktober ini.

Baca lagi...

   

Page 73 of 131