www.malaycricket.org.my
Empat pemain bersaing di Perth, Cape Town
Monday, 20 October 2014 21:04
Mereka ialah Che Wan Razlan Zalati (Kelantan) dan Adzim Yahaya (Pahang) dari Universitsi Kebangsaan Malaysia yang akan bermain untuk kelab Bayswater Morley dalam Liga Australia Barat. Fikri Makram Rosdi (Kelantan) dan Zubair Asyraf Nor Azmi (Negeri Sembilan) masing dari UKM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula akan beraksi untuk Ottoman Cricket Club dalam Liga Western Province di Cape Town.
Chilaw Marians ulangi kejayaan bagi tahun ketiga
Sunday, 19 October 2014 17:02
KUALA LUMPUR - Chilaw Marians menguasai Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa bagi tahun ketiga berturut-turut apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan lima wiket dalam pertemuan akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 19 Oktober 2014.
Wakil Sri Lanka itu memastikan Melayu Malaysia memukul setakat 97 dalam 28.3 over bagi memudahkan sasaran untuk menang sekali gus merangkul semula Piala Tun Ahmad Sarji.
Melayu Malaysia layak ke babak akhir lawan Chilaw Marians
Friday, 17 October 2014 20:58
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia layak ke babak akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila menumbangkan Bright Sports dari Bangladesh dengan 21 larian dalam pertemuan penuh tegang di Bayuemas Oval, Klang pada 17 Oktober 2014.
Berikutan kemenangan itu, Melayu Malaysia bakal berhadapan dengan juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka juga di gelanggang kriket antarabangsa, Bayuemas Oval, 19 Oktober ini.
Chilaw Marians selesa dengan kemenangan besar
Thursday, 16 October 2014 20:33
KUALA LUMPUR - Chilaw Marians dari Sri Lanka menang besar; 208 larian ke atas wakil Bangladesh, Bright Sports dalam saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang pada 16 Oktober 2014.
Juara bertahan itu mengumpulkan 281-7 dalam peruntukan 50 over dan seterusnya menamatkan ining lawan setakat 53 larian selepas sajian tengah hari yang turut terganggu oleh hujan.
Chilaw Marians terus bergaya dengan kemenangan ketiga
Wednesday, 15 October 2014 17:29

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Chilaw Marians meneruskan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menewaskan Melayu Malaysia dengan enam wiket dalam pertemuan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval, Klang pada 15 Oktober 2014.
Dengan kemenangan berkenaan, Chilaw Marians dari Sri Lanka selesa ke babak akhir Ahad ini walaupun berbaki satu perlawanan menentang wakil Bangladesh, Bright Sports pada 16 Oktober.
More Articles...
Page 69 of 131