www.malaycricket.org.my

Tentera dan UKM berentap dalam babak akhir

Saturday, 07 March 2015 18:55

KUALA LUMPUR - Seperti tahun lepas, juara bertahan Universiti Kebangsaan Malaysia akan berentap lagi dengan Tentera dalam babak akhir Kriket Perisai Raja-Raja yang akan berlangsung di Bayuemas Oval, Klang pada 8 Mac 2015.

Semua pertemuan separuh akhir pada 7 Mac menyaksikan kedua-dua pasukan yang menang menghentikan kemaraan lawan dengan mudah.

Baca lagi..

 

Kelantan layak menerusi kelebihan purata larian bersih

Thursday, 05 March 2015 21:06

KUALA LUMPUR - Kelantan meneruskan kemaraan ke separuh akhir Kriket Perisai Raja-Raja dengan kelebihan purata larian bersih +0.089 walaupun tumbang enam wiket kepada Tentera dalam pertemuan terakhir kumpulan B di Kelab Aman pada 5 Mac 2015.

Walaupun berkongsi tiga mata dengan Unversiti Teknologi Mara (UiTM) dan Sabah, ternyata purata positif dalam perkiraan telah memastikan skuad muda itu bertemu juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi 7 Mac.

Baca lagi..

 

Sarawak kalah teruk kepada juara tahun lalu

Wednesday, 04 March 2015 18:51

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia memastikan langkah ke separuh akhir saingan kriket Perisai Raja-Raja dengan mencapai kemenangan besar hari kedua; 288 larian ke atas Sarawak di UKM Oval, Bangi dekat sini semalam.

Dengan keperkasaan ramai pemain kebangsaan, UKM selaku juara 2014 hanya menunggu pertemuan dengan Negeri Sembilan pada 5 Mac bagi menentukan juara kumpulan A pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu.

Baca lagi..

   

UKM menang besar, Sarawak memeranjatkan Negeri Sembilan

Tuesday, 03 March 2015 20:09

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula dengan baik apabila menang besar; 351 larian ke atas pendatang baru, Terengganu dalam pembukaan Kriket Perisai Raja-Raja di UKM Oval Bangi pada 3 Mac 2015.

Terengganu yang hanya bertahan setakat 40 larian selepas sajian tengah hari kurang bertenaga sewaktu memandang apabila membenarkan dua pemukul UKM, Faizal Abu Hassan dan Faruq Hakimin Azmi masing-masing melakukan 106 larian dan 104 tanpa tewas.

Baca lagi..

 

Kriket: Sekolah Sains Raub sertai cabaran rebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran

Tuesday, 20 January 2015 20:36

SEKOLAH Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta), Raub, Pahang dipilih menyertai Cabaran Kriket Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran bagi musim 2015.

Dalam mesyuarat perancangan program pembangunan kriket 2015 bersama Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Ketua Sektor Pendidikan Sukan Kementerian Pelajaran, Dr. Zuber Hassan berkata, semua pengetua dalam Projek Kriket Nasional-Pembangunan Menengah menerima sebulat suarat kemasukan Semesta dalam pertarungan tahun ini.

Baca lagi..

   

Page 65 of 131