www.malaycricket.org.my

Parit Jawa selesa dalam pusingan awal

Wednesday, 27 May 2015 21:07

KUALA LUMPUR - Naib juara 2014, Parit Jawa memenangi perlawanan kedua dengan menumpaskan Ipoh dengan empat wiket di Bayuemas Oval pada 27 Mei 2015 untuk berada dalam kedudukan selesa pada saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.

Wakil Johor itu mengatasi angka Ipoh apabila mengumpulkan 88-6 dalam hanya 16.3 over.

Baca lagi..

 

Gemencheh, Ipoh di kedudukan paling atas kumpulan

Tuesday, 26 May 2015 21:28

KUALA LUMPUR -  Gemencheh dan Ipoh meneruskan kecemerlangan dengan dua kemenangan berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji pada 26 Mei 2015.

Wakil Negeri Sembilan itu membaham Kota Kinabalu dengan enam wiket di Bayuemas Oval dekat sini manakala Ipoh pula mengalahkan Kuala Langat (Selangor) dengan lima larian di UKM Oval, Bangi.

Baca lagi..

 

Gemencheh atasi Kuala Lipis dengan dua wiket

Monday, 25 May 2015 20:55

KUALA LUMPUR - Gemencheh dari Negeri Sembilan mengulangi kehebatan 15 tahun lepas apabila bermula cemerlang menumpaskan juara bertahan, Kuala Lipis dengan dua wiket dalam aksi pembukaan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 25 Mei 2015.

Sebagai pasukan gagah yang melahirkan ramai pemain ternama suatu ketika dahulu, Gemencheh memintas angka wakil Pahang itu dalam over ke-24.

Baca lagi..

   

Isteri Tan Sri Wan Rahman meninggal dunia

Monday, 04 May 2015 22:20

PUAN SRI ROHANI AWANG CHIK, isteri kepada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam, 3 Mei 2015 di Petaling Jaya.

Baca lagi..

 

SMK Tinggi Kajang jauh di hadapan

Saturday, 02 May 2015 21:37

JUARA bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor mendahului empat lagi pasukan dalam Cabaran Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran.

Setelah mengharungi empat pertemuan setakat ini, Kajang mengumpulkan 81.38 mata; jauh meninggalkan pendahulu kedua, SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur dengan 57.15. Ketiga ialah naib juara tahun lepas. SMK Penang Free; 53.14.

Baca lagi..

   

Page 61 of 131