www.malaycricket.org.my

Kriket Melayu mulakan program bawah 12

Tuesday, 16 July 2024 17:43

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan membangunkan kriket di kalangan pemain bawah 12 di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak (2) dan beberapa sekolah lagi di sekitar Kuala Lumpur.

Ahli Majlis Kriket Melayu yang mengetuai program pembangunannya, Arina A. Rahim sudah meneliti perancangan program peringkat awal dan telah berbincang dengan pengurusan sekolah berkenaan.

Baca lagi..

 

Kriket Melayu setuju bantu sekolah di KL

Thursday, 11 July 2024 20:29

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia bersetuju untuk membantu sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur yang berminat untuk membangunkan sukan kriket.

Dalam pertemuan di antara wakil daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan pegawai Kriket Melayu pada 10 Julai 2024, suatu kesepakatan dicapai bagi mengusahakan perancangan itu.

Baca lagi..

 

Pahang lepas geram ratah Negeri Sembilan

Sunday, 23 June 2024 09:00

KUALA LUMPUR — Pahang melepaskan geram dengan meratah juara bertahan, Negeri Sembilan dengan sembilan wiket dalam aksi kriket antara negeri di Kajang Oval, 22 Jun 2024.

Meletakkan Pahang untuk memadang selepas memenangi undian, Negeri Sembilan berada dalam kedudukan tenat apabila berkedudukan 35-5 dalam 10 over sekali gus hanya berkemampuan mengumpulkan 157 larian.

Baca lagi..

   

Dua badan kriket di Perlis sedia berbincang

Wednesday, 12 June 2024 21:27

KUALA LUMPUR — Presiden Persatuan Kriket Perlis (PKP) Datuk Zahidi Zainul Abidin bersedia untuk berbincang bagi bergabung dengan Persatuan Kriket Negeri Perlis (PKNP) khusus untuk perkuatkan pengurusan kriket di negeri itu.

Di samping itu, beliau juga mengalu-alukan pengurusan PKNP untuk bermesyuarat bagi mencari penyelesaian kerana wujud dua pertubuhan kriket di Perlis yang didaftarkan oleh pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Baca lagi..

 

Kriket Perlis mohon Pesuruhjaya Sukan bertindak

Sunday, 09 June 2024 19:26

KUALA LUMPUR — Perjumpaan dengan Pesuruhjaya Sukan pada 10 Jin 2024 akan memastikan sama ada Persatuan Kriket Negeri Perlis (PKNP) yang didaftarkan pada tahun 2018 mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah badan kawalan kriket yang sah di negeri itu.

Ini berikutan wujud sebuah lagi pertubuhan kriket; Persatuan Kriket Perlis (PKP) yang didaftarkan juga dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan pada tahun 2006.

Baca lagi..

   

Page 7 of 131