www.malaycricket.org.my
Titiwangsa atasi Pudu untuk tempat ketiga
Saturday, 08 August 2015 20:10
KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa membuktikan kemampuan untuk menduduki tempat ketiga Cabaran Kriket Perempuan dengan kemenangan sebelas larian ke atas SMK (P) Pudu di Bayuemas Oval pada 8 Ogos 2015.
Perlawanan penentuan ketiga bagi merebut Perisai Tuanku Najihah itu menyaksikan Titiwangsa dari Kuala Lumpur mengumpulkan 109-1 dalam peruntukan 25 over dengan pembuka pukulan, Nabila Nazeli melakukan 46 tanpa tewas dan Syahira Hassan Ali dengan 30.
Clifford, Pattani berentap dalam pertemuan akhir
Friday, 07 August 2015 21:41

Pattani dari Thailand mudah membaham SMK Seri Titiwangsa dari Kuala Lumpur dengan sepuluh wiket manakala Clifford dari Kuala Lipis, Pahang pula menumbangkan SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur dengan enam wiket.
Titiwangsa kejutkan Pudu dengan lima wiket
Wednesday, 05 August 2015 21:07

Dengan kesungguhan tinggi, barisan Titiwangsa berjaya mengatasi Pudu juga dari Kuala Lumpur dalam 23.3 over.
Pattani menang besar atasi SMK Titiwangsa
Tuesday, 04 August 2015 21:40
KUALA LUMPUR - Naib juara musim lalu, Pattani menang besar 126 larian ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pertemuan hari kedua Cabaran Kriket Perempuan bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval pada 4 Ogos 2015.
Pasukan dari selatan Thailand itu mengumpulkan 176-7 dalam peruntukan maksimum 25 over dengan kapten pasukan, Rosenanee Kanoh melakukan 29 larian. Pendatang baru, SMK Seri Titiwangsa cuma bertahan setakat 23 over dengan 50 larian di papan catatan.
Permulaan cemerlang bagi Clifford, Pattani
Monday, 03 August 2015 20:42
KUALA LUMPUR - Dua finalis tahun lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang dan Pattani, Thailand mudah mengatasi lawan dalam pembukaan Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval pada 3 Ogos 2015.
Clifford menewaskan pendatang baru, SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan sepuluh wiket. Tiga pembaling skuad dari Kuala Lipis itu; Sasha Azmi (3-4), Mahirah Izzati Ismail (2-12) dan Ainna Hamizah Hashim (2-11) memastikan lawan menamatkan pukulan setakat 45 larian.
More Articles...
Page 59 of 131