www.malaycricket.org.my
Universiti Kebangsaan B layak ke separuh akhir
Thursday, 05 May 2016 20:43
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia B memenangi kedua-dua perlawanan dalam saingan kriket UKM Twenty20 di Kinrara Oval pada 5 Mei untuk layak bersaing dalam separuh akhir 7 Mei 2016.
Dalam pertemuan 5 Mei, UKM B membaham Sunway University College dengan sepuluh wiket. Dalam satu lagi perlawanan, finalis tahun lalu itu menundukkan Universiti Teknologi Mara dengan 40 larian.
UiTM menang dua perlawanan hari kedua
Wednesday, 04 May 2016 20:38
KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mempamerkan aksi meyakinkan untuk memenangi kedua-dua perlawanan pada hari kedua saingan kriket UKM Twenty20 di Bayuemas Oval, 4 Mei 2016.
Dalam perlawanan awal pagi, UiTM menewaskan Sunway College dengan empat wiket manakala pada sesi petang, pasukan itu menumbangkan Universiti Multimedia Melaka dengan enam wiket.
UKM A menang besar pada hari pembukaan
Tuesday, 03 May 2016 20:05
KUALA LUMPUR - Juara bertahan Universiti Kebangsaan Malaysia A mudah membelasah Asia Pasific University dengan sepuluh wiket dalam pembukaan saingan kriket UKM Twenty20 di Bayuemas Oval pada 3 Mei 2016.
Turut sama bergaya ialah UKM B yang menumbangkan Universiti Multimedia Melaka dengan 170 larian.
Sri Lanka kekal juara atasi Afrika Selatan dengan 60 larian
Sunday, 10 April 2016 21:25
KUALA LUMPUR - Sri Lanka kekal sebagai juara Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa sekali gus menyimpan Trofi Tuanku Ja'afar bagi tahun kesepuluh apabila membenam Afrika Selatan dengan 60 larian di Bayuemas Oval pada 10 April 2016.
Ternyata percaturan Afrika Selatan mengarahkan Sri Lanka memukul terdahulu setelah memenangi undian membawa 'berita buruk'.
Melayu Malaysia kekal di tangga keempat
Saturday, 09 April 2016 21:24
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia kekal di tangga keempat seperti tahun lepas apabila tumpas enam wiket kepada India dalam babak penentuan ketiga Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 9 April 2016.
Dengan aksi memadang serba tidak mengena dan gagal dalam enam tangkapan, Melayu Malaysia tersungkur dalam 38 over permainan setelah terdahulu mengumpulkan 147 ketika memukul.
More Articles...
Page 50 of 131