www.malaycricket.org.my
Clifford mudah atasi Gua Musang dengan sembilan wiket
Tuesday, 19 July 2016 21:09

KUALA LUMPUR - Finalis 2015, Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Pahang meneruskan kecemerlangan dalam Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah dengan kemenangan sembilan wiket ke atas SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang di Bayuemas Oval dekat sini, 19 Julai 2016.
Dengan serbuan kemas barisan pembalingnya, Clifford tidak keberatan untuk memintas angka Gua Musang yang hanya melakukan 44-8 dalam peruntukan 25 over.
Hujan lebat, dua pelawanan tanpa keputusan
Monday, 18 July 2016 21:14

KUALA LUMPUR - Kedua-dua perlawanan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah yang berlangsung di Bayuemas Oval dekat sini 18 Julai 2016 berkesudahan tanpa keputusan kerana hujan lebat.
Berikutan itu, pertemuan 25 over antara Sekolah Menengah Kebangsaan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan SMK Clifford, Kuala Lipis pada sesi pagi tidak dapat diteruskan. Titiwangsa gagal memukul selepas Clifford melakukan 120-9.
Juara bertahan menang tipis, Pudu kalah teruk
Sunday, 17 July 2016 20:32

KUALA LUMPUR - Pendatang baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra, Gua Musang melaungkan kegarangan awal apabila kalah tipis sepuluh larian kepada juara bertahan, Pattani dari Thailand dalam pembukaan Cabaran Kriket Perempuan Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval dekat sini pada 17 Julai 2016.
Dengan meranapkan beberapa wiket penting Pattani pada awal permainan, wakil Kelantan itu mengehadkan lawan setakat 117 larian dalam 18.3 over dan hampir memerangkap 'pasukan juara' itu untuk mencapai keputusan di luar dugaan.
Gelaran bawah 12 nasional milik Machang
Sunday, 29 May 2016 21:34

KUALA LUMPUR - Machang memastikan gelaran juara dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan enam wiket ke atas juara bertahan, Parit Jawa dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval pada 29 Mei 2016.
Dengan meletakkan wakil Johor itu memukul pada sesi pagi, Machang mengehadkan pungutan larian lawan hanya setakat 107-4 yang seakan-akan memberi gambaran bahawa kejuaraan bakal berpindah milik.
Machang, Parit Jawa berentap dalam babak akhir
Saturday, 28 May 2016 23:48
KUALA LUMPUR - Machang akan berentap dengan finalis tahun lepas, Parit Jawa dalam perlawanan akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2016.
Machang terlalu perkasa dengan kemenangan 94 larian ke atas Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, 28 Mei 2016.
Machang terlalu perkasa dengan kemenangan 94 larian ke atas Bukit Petaling dari Kuala Lumpur di Bayuemas Oval, 28 Mei 2016.
More Articles...
Page 47 of 131