www.malaycricket.org.my
Sri Lanka, Afrika Selatan kuasai hari pertama
Tuesday, 04 April 2017 20:44

KUALA LUMPUR - Sri Lanka dan Afrika Selatan menguasai hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa dengan kemenangan mudah ke atas lawan masing-masing pada 4 April 2017.
Juara bertahan Sri Lanka mengatasi Bangladesh dengan 68 larian di Kelab Aman. Tuan rumah, Melayu Malaysia pula tumpas 56 larian kepada Afrika Selatan di Bayuemas Oval, Klang.
UKM juara benam Negeri Sembilan dengan 132 larian
Sunday, 12 March 2017 20:14

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia memenangi kejuaraan Kriket Antara Negeri sekali gus merangkul Perisai Raja-Raja apabila membenam Negeri Sembilan dengan 132 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 12 Mac 2017.
Gandingan wiket pertama antara pembuka pukulan, Norhamizan Hamidon (70 larian) dan Azman Tajri (60) membawa kecemerlangan UKM bagi mengumpulkan 264-9 dalam peruntukan 50 over.
Negeri Sembilan atasi Tentera untuk ke babak akhir
Saturday, 11 March 2017 19:38

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan memastikan kemaraan ke perlawanan akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri dengan kemenangan tiga wiket ke atas Angkatan Tentera di Bayuemas Oval pada 11 Mac 2017.
Dengan memeranjatkan Tentera yang terhenti pukulan setakat 130 larian, Negeri Sembilan terus menguasai sesi permainan selepas sajian tengah hari apabila melakukan 133-7 dalam 46.3 over.
UKM, Tentera mudah ke separuh akhir
Thursday, 09 March 2017 19:09

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Angkatan Tentera masing-masing menduduki tangga paling atas kumpulan untuk selesa ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri.
Dalam separuh akhir pertandingan bagi merebut Perisai Raja-Raja 11 Mac 2017, UKM akan menentang Universiti Teknologi Mara (UiTM) manakala Negeri Sembilan bertemu Tentera.
Negeri Sembilan atasi Sabah dengan 4 larian
Wednesday, 08 March 2017 20:09

KUALA LUMPUR - Negeri Sembilan menghidupkan peluang ke separuh akhir Kejohanan Kriket Antara Negeri apabila menang tipis ke atas Sabah dengan empat larian di Bayuemas Oval dekat sini pada 8 Mac 2017.
Bertarung dengan larian rendah (119 larian) untuk dipertahankan, Negeri Sembilan mampu mengehadkan lawan setakat 115 bagi memastikan kemenangan setelah kalah 152 larian kepada Universiti Kebangsaan Malaysia sehari sebelum itu.
More Articles...
Page 40 of 131