www.malaycricket.org.my
Kriket Melayu tawar Bayuemas Oval antara gelanggang Sukan SEA
Sunday, 07 May 2017 23:12

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Melayu Malaysia menawarkan Bayuemas Oval sebagai gelanggang tambahan bagi acara kriket Sukan SEA Ogos ini.
Bercakap pada hari persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Bayuemas Oval, dekat sini pada 6 Mei 2017, Yang Dipertuanya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, beliau telah pun menulis cadangan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pengelola SEA Ke-29 (Masoc), Datuk Seri Zolkples Embong beberapa hari lalu.
Sri Lanka belasah Afrika Selatan dengan 131 larian
Sunday, 09 April 2017 20:00

KUALA LUMPUR - Sri Lanka mempertahankan kejuaraan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila mudah menumbangkan Afrika Selatan dengan 131 larian dalam babak akhir di Bayuemas Oval pada 9 April 2017.
Sri Lanka yang dipaksa memukul pada sesi pagi mencapai 166-6 dengan ketua pasukan, Pavan Rathnayake melakukan 50 larian.
Sri Lanka, Afrika Selatan mara ke perlawanan akhir
Saturday, 08 April 2017 20:00

KUALA LUMPUR 8 April - Sri Lanka mara ke babak akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 82 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 8 April 2017.
Sri Lanka dalam misi memenangi Trofi Tuanku Ja'afar untuk kali kesebelas sejak pertandingan bermula pada tahun 2004, akan bertemu Afrika Selatan esok (9 April 2017) yang menumbangkan Bangladesh dengan tujuh wiket di Kelab Aman.
Misi berat menunggu Melayu Malaysia
Thursday, 06 April 2017 19:06

KUALA LUMPUR - Bangladesh menang tipis dengan enam larian ke atas tuan rumah, Melayu Malaysia dalam pertemuan terakhir pusingan awal Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 April 2017.
Dengan mengumpulkan 108 larian di papan catatan, Melayu Malaysia mengejar tetapi hanya melakukan 102-9 dalam peruntukan 40 over permainan.
Sri Lanka atasi tuan rumah dengan lapan wiket
Wednesday, 05 April 2017 16:53

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka meneruskan kecemerlangan dengan kemenangan mudah; lapan wiket ke atas tuan rumah, Melayu Malaysia dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 5 April 2017.
Melayu Malaysia diratah apabila Sri Lanka mengehadkan larian setakat 34 dalam 29.4 over. Pelawat mengatasi angka sasaran dalam 13.5 over.
More Articles...
Page 39 of 131