www.malaycricket.org.my

Kuala Langat bangkit untuk atasi Parit Jawa

Friday, 19 May 2017 21:15

KUALA LUMPUR  - Finalis tahun lalu, Parit Jawa tergelincir daripada menduduki tangga teratas Kumpulan B apabila diranapkan peluang oleh wakil Selangor, Kuala Langat dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kajang Oval dekat sini, 19 Mei 2017.

Kuala Langat menafikan kegarangan wakil Johor itu dengan kemenangan 42 larian; sekali gus menjuarai kumpulan dan  layak bertemu juara naib johan A, Bayuemas juga dari Selangor dalam separuh akhir 20 Mei.

Baca lagi..

 

Gemencheh mudah atasi Bukit Petaling

Thursday, 18 May 2017 20:00

KUALA LUMPUR - Setelah memenangi dua perlawanan awal, Bukit Petaling dari Kuala Lumpur tersungkur mudah kepada Gemencheh dengan sembilan wiket dalam pertemuan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Kajang Oval dekat sini, 18 Mei 2017.

Dalam keadaan tenat setelah terhenti pukulan setakat 38 larian, Bukit Petaling tertiarap hanya dalam 6.4 over setelah wakil Negeri Sembilan itu mengatasi angka lawan dengan 39-1.

Baca lagi..

 

Parit Jawa garang atasi Kuching dengan 52 larian

Wednesday, 17 May 2017 20:35

KUALA LUMPUR  - Juara tahun 2015, Parit Jawa meneruskan rentak kegarangannya dengan kemenangan 52 larian ke atas Kuching dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas oval dekat sini, 17 Mei 2017.

Juga finalis tahun lepas, pasukan dari Johor itu memenangi perlawanan pertama (15 Mei) ke atas Ipoh dengan tujuh wiket dan semakin yakin untuk beraksi lagi dalam babak akhir tahun ini.

Baca lagi..

   

Bukit Petaling selesa kuasai pertandingan

Tuesday, 16 May 2017 20:32

KUALA LUMPUR - Wakil Kuala Lumpur, Bukit Petaling meneruskan penguasaan hari kedua Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan apabila menewaskan Bayuemas dari Selangor dengan tujuh wiket di Bayuemas Oval dekat sini, 16 Mei 2017.

Juara pertandingan merebut Perisai Tun Ahmad Sarji tahun 2011 itu melakukan 106 larian untuk tiga wiket dalam hanya 21.3 over dengan Thaqib Umayr Syukran Fadzli bertahan 36 larian tanpa tewas.

Baca lagi..

 

Dua finalis tahun lalu menang mudah

Monday, 15 May 2017 20:22

KUALA LUMPUR  - Dua finalis tahun lepas, Machang dan Parit Jawa menang mudah hari pertama Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung di sini, 15 Mei 2017.

Juara bertahan, Machang (Kelantan) menewaskan wakil Negeri Sembilan, Gemehcheh dengan sembilan wiket di Bayuemas Oval. Parit Jawa dari Johor pula mengalahkan Ipoh dengan tujuh wiket di Kajang Oval.

Baca lagi..

   

Page 38 of 131