www.malaycricket.org.my
Colombo atasi Melayu Malaysia untuk tangga ketiga
Saturday, 07 October 2017 19:15

KUALA LUMPUR - Colombo menyempurnakan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan menduduki tangga ketiga apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 27 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval, 7 Oktober 2017.
Memukul setelah memenangi undian pada sebelah pagi, wakil Sri Lanka itu melakukan 152 dalam 48.3 over. Pemukul awalnya, Yeshan Wickramarachchi tenang dalam mengumpulkan 51 larian.
Kalabagan bangkit untuk mara ke babak akhir
Friday, 06 October 2017 20:21

KUALA LUMPUR - Mumbai CC akan berentap dengan Kalabagan dalam perlawanan akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa di Bayuemas Oval 8 Oktober 2017.
Melayu Malaysia lawan Mumbai dalam pusingan kedua
Wednesday, 04 October 2017 20:13

Mumbai semakin garang buru kejuaraan
Wednesday, 04 October 2017 08:55

KUALA LUMPUR - Mumbai CC dari India semakin garang dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa apabila cemerlang pada hari kedua dengan kemenangan lapan wiket ke atas Melayu Malaysia di Bayuemas Oval dekat sini, 3 Oktober 2017.
Pemenang ketiga pertandingan tahun lepas, Mumbai mengejar angka sasaran dengan tenang walaupun menghadapi serbuan hebat pembaling tuan rumah.
Colombo, Mumbai bermula cemerlang
Monday, 02 October 2017 19:37

KUALA LUMPUR - Colombo memulakan aksi pembukaan saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa dengan cemerlang apabila mengatasi tuan rumah, Melayu Malaysia dengan 40 larian dalam pertemuan di Bayuemas Oval dekat sini pada 2 Oktober 2017.
Memukul dalam sesi pagi, Colombo dari Sri Lanka tertekan dengan kedudukan 47-5 dalam 20 over tetapi berjaya melonjakkan kedudukan sehingga 147-6 dalam peruntukan maksimum pertandingan.
More Articles...
Page 35 of 131