www.malaycricket.org.my
Bilal Asad bertemu Rosmanizam
Friday, 02 February 2018 18:54

KETUA jurulatih pasukan kriket kebangsaan dari Pakistan, Bilal Asad yang ditamatkan kontrak oleh Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung Kriket Melayu pada 1 Februari 2018.
Menurut Eksekutif Kanan Kriket Melayu, Azahari Fuad, pertemuan rahsia berlangsung lewat tengah hari dan sesi berkenaan tidak diberitahu kepada anggota majlis lain.
Latihan pusat bawah 15 awal Februari
Thursday, 28 December 2017 19:00
SERAMAI 26 pelatih disenaraikan untuk mengharungi sesi latihan pusat bagi mengharungi Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa bermula 23 hingga 29 April tahun 2018.
Sesi latihan pusat dari 4 hingga 9 Februari 2018 di Akademi Kriket Melayu Tuanku Ja'afar di Bayuemas Oval itu dikendalikan oleh jurulatih Kelantan dari Sri Lanka, Pramuka Liyanage dengan bantuan Azmi A. Majid sebagai pengurus. Bekas penjaga wiket terbaik negara, Mohd. Haris Abu Baker juga akan membantu.
MCA gagal anjur pertandingan bawah 19 nasional
Monday, 11 December 2017 16:20

APA sudah jadi? Kejohanan Bawah 19 Antara Negeri Kebangsaan yang sepatutnya dianjur Persatuan Kriket Malaysia atau MCA dari 16 hingga 23 Disember 2017 terpaksa dibatalkan.
Nampaknya janji MCA tidak menepati kehendaknya. MCA sebelum ini dengan lantang melaungkan bahawa hanya pertandingan anjuran badan itu menjadi asas pemilihan pemain mewakili skuad kebangsaan.
MOTOSIKAL (NOMBOR CANTIK) UNTUK DIJUAL
Monday, 11 December 2017 16:10

PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia dengan bangga mencadangkan jualan dua motosikal miliknya.
Honda EX5 Dream 110cc dengan nombor WYV 3355 (Daftar 2014).
Honda Wave DX 110cc dengan nombor WB 3355 C (Daftar 2015).
Kalabagan kecewakan Mumbai dengan satu wiket
Sunday, 08 October 2017 19:40

KUALA LUMPUR - Kelabagan memastikan kejuaraan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa menjadi milik mereka apabila menumbangkan Mumbai CC tipis dengan satu wiket dalam babak akhir di Bayuemas Oval, 8 Oktober 2017.
Bermain dengan penuh yakin, wakil Bangladesh itu menghentikan pukulan pasukan pilihan dari India itu setakat 97 dalam hanya 29.2 over.
More Articles...
Page 34 of 131