www.malaycricket.org.my

Kelantan enggan sertai kejohanan utama MCA

Monday, 09 December 2019 19:20

KUALA LUMPUR: Persatuan Kriket Negeri Kelantan terpaksa mengetepikan dua kejohanan anjuran badan induknya, Persatuan Kriket Malaysia (MCA) kerana berhasrat menyertai pertandingan ternama; saingan merebut Perisai Raja-Raja bermula 11 Januari hingga 31 Ogos tahun 2020.

Presiden Kriket Kelantan Datuk Azmi Mohd. Ali mengumumkan oerkara ini sebaik sahaja mempengerusikan mesyuarat majlis persatuan itu di Kuala Lumpur 6 Disember 2019.

Baca lagi..

 

Perebutan jawatan dalam Kriket Melayu Mei 2020

Sunday, 24 November 2019 12:17

KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan dalam majlis Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan lebih terbuka dalam persidangan agung musim depan dijadualkan akhir Mei 2020.

Difahamkan sebahagian besar jawatan dipertandingkan sama ada di peringkat tinggi mahupun jawatan ahli majlis biasa.

Baca lagi..

 

Gabungan Kriket Malaysia diminta jangan gentar

Wednesday, 20 November 2019 17:21

KUALA LUMPUR: Semua ahli gabungan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) diminta serius dalam membangunkan kriket apabila pencapaian pasukan negara dalam permainan itu terus merosot buat masa ini.

Mengumumkan perkara itu secara serius, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob berasa malu sesudah aksi Malaysia di peringkat antarabangsa sudah tidak ketentuan lagi.

Baca lagi..

   

Mir Shahariman ketawa besar amaran Kriket Malaysia

Wednesday, 06 November 2019 21:00

KUALA LUMPUR - Enam pasukan yang bersetuju bertanding dalam Kejohanan Kriket Antara Negeri bagi merebut Perisai Raja-Raja tahun depan dinasihat bertanding dengan penuh semangat kesukanan termasuk mematuhi keperluan dan syarat pertandingan.

Naib presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia Datuk Mir Shahariman Shaharuddin dengan tegas memberi amaran agar semua pasukan menyenaraikan pemain terbaik agar kejohanan berlangsung dalam kelas tersendiri.

Baca lagi..

 

Machang masih kecundang

Sunday, 06 October 2019 19:14

KUALA LUMPUR: Seremban merangkul kejuaraan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan dengan kemenangan tipis empat larian ke atas finalis tahun lepas, Machang di Bayuemas Oval, Klang 6 Oktober 2019.

Dengan hanya meletakkan sasaran rendah selepas memukul setakat 76 larian, Seremban beruntung apabila menguasai perlawanan dari peringkat awal memadang lagi dengan mngeluarkan ramai pemukul harapan Machang; wakil Kelantan itu.

Baca lagi..

   

Page 26 of 131