www.malaycricket.org.my
Penghargaan ACU & S kepada bekas pegawai
Sunday, 04 April 2021 17:07

PERSATUAN Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) menghargai empat bekas pegawai pertubuhan itu dalam majlis ringkas di sini, 3 April 2021.
Mereka ialah bekas presiden Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Termidzi Junaidi, bekas timbalan presiden Mohd. Alwi Zaman, bekas bendahari Cugadas Maghesan dan bekas ahli jawatankuasa Rosmanizam Abdullah.
Azmi mahu pulihkan gandingan antarabangsa
Saturday, 27 February 2021 19:13

PERSATUAN Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) yang diketuai peguam Datuk Azmi Mohd. Ali telah menyenaraikan pelbagai kegiatan bagi menampung ketandusan pengadil berpengalaman di negara ini.
Dalam mesyuarat menerusi google meet pada 27 Februari 2021, beliau sendiri mencadangkan kursus kepengadilan untuk ahli-ahli Persatuan Kriket Kelantan.
Afrika Selatan mahu Sri Lanka jadi penganjur
Thursday, 25 February 2021 22:40

PERTANDINGAN kriket bagi merebut Trofi Melayu Antarabangsa yang dijadualkan berlangsung di Cape Town, Afrika Selatan hujung tahun 2021 dirancang dianjurkan setahun kemudian di Sri Lanka.
Presiden Ottoman CC yang mewakili Melayu Afrika Selatan, Rydwaun Salie telah mencadangkan agar kejohanan yang sepatutnya ber;langsung pada tahun 2018 dianjurkan di Colombo.
Azmi menang besar jawatan Presiden ACU & S
Wednesday, 24 February 2021 20:26

PEGUAM dan tokoh korporat, Datuk Azmi Mohd. Ali menang besar dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Persatuan Pengadil dan Pencatat Kriket Malaysia (ACU & S) dalam mesyuarat agung secara talian, 21 Februari 2021.
Azmi, 61, yang juga Presiden Persatuan Kriket Kelantan mendapat 74.6 peratus undi bagi mengatasi pencabarnya, Sivan Narayanan. Presiden terdahulu, Mejar Jeneral (B) Datuk Dr. Termidzi Junaidi mempengerusikan mesyuarat agung bagi musim 2021-23 itu.
Ahli perlu bayar yuran tahunan
Sunday, 07 February 2021 21:35
PERSATUAN Kriket Melayu Malaysia meminta semua ahlinya memperkemaskan keahlian masing-masing.
Kepada ahli biasa, yuran tahunan masih kekal RM15.
More Articles...
Page 21 of 131